Mengisahkan tentang perjuangan seorang anak raja dari negeri Ajam Saqat yang telah dibuang bapanya sendiri akibat perbuatan fitnah kedua abang tirinya yang takut kedudukan mereka akan tergugat.
PERSOALAN
1. Kasih sayang antara ibu dan anak
· Isteri pertama Raja Ajam Saqat bersama Sekandrum sanggup mengorbankan dirinya untuk tinggal bersama anaknya Caya Langkara apabila telah difitnah oleh kedua saudara tirinya.
2. Ketaatan seorang anak terhadap bapanya
· Walaupun Caya Langkara telah dibuang bapanya, beliau masih berusaha mendapatkan penawar bagi mengubati penyakit ayahnya.
3. Sikap hasad dengki apabila melihat kelebihan orang lain
· Sikap Muqaddam dan Miqaddim terhadap saudara tirinya Caya Lingkara. Mereka sentiasa berusaha untuk membunuh Caya Lingkara.
4. Kehebatan kepahlawanan anak raja
· Caya Lingkara digambarkan sebagai seorang yang begitu hebat dalam ilmu kepahlawanan. Beliau dapat menundukkan Naga Kuna agar menurut katanya. Caya Lingkara dikatakan hebat apabila dapat mengalahkan jin-jin yang ada di negeri Peringgi.
PLOT
Permulaan
· Menceritakan tentang seorang raja dari Ajam Saqat yang pada mulanya tidak mempunyai anak dengan isteri pertamanya, kemudian raja tersebut mengahwini seorang lagi puteri raja.
· Raja tersebut mendapat anak. Anak daripada perkahwinan keduanya telah memfitnah anak raja tersebut dengan isteri pertamanya. Raja tersebut telah membuang anak daripada isteri pertamanya itu.
Perkembangan
· Apabila Caya Langkara iaitu anak raja yang dibuang itu telah dewasa, beliau mengembara bersama Muqaddam, Muqaddim dan Puteri Ra’na Kaseen untuk mencari Kembang Kuma-Kuma Putih di puncak negeri Mesir.
Perumitan
· Berlaku perebutan antara kerajaan Mesir, kerajaan Peringgi, Caya Langkara, Muqaddam, Muqaddim dan Puteri Ra’na Kaseen untuk mendapatkan kembang Kuma-Kuma Putih.
Klimaks
· Caya Langkara dapat membebaskan kedua saudaranya serta Puteri Ra’na Kaseen daripada tahanan kerajaan Peringgi serta berjaya menyelesaikan perebutan kembang kuma-kuma antara kerajaan Peringgi dan kerajaan Mesir.
Peleraian
· Caya Langkara telah berjaya melarikan diri daripada dibunuh oleh saudaranya dan setelah itu beliau telah berkahwin dengan Puteri Ra’na Kaseen dan menjadi raja yang berkaliber di negeri Madinah
TEKNIK PLOT
1. Teknik Dialog
· Maka ujar Caya Langkara, “Marilah kita berjalan ke sana.” Maka ujar Tuan Puteri Ra’na Kaseen, “Hai kekanda, nantilah dahulu lagi berbuat makan minum.”
2. Teknik Suspens
· Apakah yang akan terjadi kepada Caya Langkara setelah dibuang ke dalam hutan oleh Raja Ajam.
3. Teknik Kejutan
· Pembaca akan memikirkan bahawa Caya Langkara telah mati setelah ditolak oleh saudara tirinya ke dalam laut tetapi sebalik dia telah berpaut pada daun kembang kuma-kuma yang dipetiknya.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK UTAMA/ PROTAGONIS | WATAK | PERWATAKAN |
Caya Langkara · Anak raja negeri Ajam Saqat iaitu anak kepada Raja Saiful Muluk dan Puteri Sekandrum · Isterinya bernama Puteri Ra’na Kaseen iaitu anak kepada Raja Madinah · Memiliki paras rupa seperti bulan 14 hari, gilang gemilang cahayanya. · Memiliki ubun-ubun seperti kandil yang terpasang pada waktu malam. · Mempunyai kuasa luar biasa iaitu dapat berkomunikasi dengan naga dan memiliki ilmu kepahlawanan yang sangat tinggi sehingga dapat mengalahkan jin. | · Seorang anak yang taat kepada ibu bapanya. · Seorang anak raja yang memiliki ilmu sakti yang hebat. · Seorang yang baik hati. · Seorang pemimpin yang pemurah. | |
PROTAGONIS | Muqaddam dan Muqaddim · Saudara kembar anak kepada Raja Saiful Muluk dengan isteri keduanya Puteri Sekandah Bayang-Bayang. · Memiliki saudara tiri iaitu Caya Langkara. · Muqaddam mengahwini anak Raja Peringgi iaitu Puteri Ratna Dewi. · Muqaddim mengahwini anak Raja Mesir iaitu Puteri Ratna Kemala. | · Dua beradik yang busuk hati terhadap saudara tirinya sendiri. · Memiliki ilmu kepahlawanan yang hebat. · Cuba menganiaya Puteri Ra’na Kaseen. |
WATAK SAMPINGAN | Puteri Ra’na Kaseen · Anak kepada Raja Madinah. · Isteri kepada Caya Langkara. · Memiliki rupa paras seperti 14 hari bulan yang sangat cantik dan jelita. | · Seorang anak yang taat kepada bapanya. · Seorang yang baik hati pada sahabatnya. · Sentiasa disayangi oleh puteri yang lain. |
Naga Kuna · Makhluk yang mempunyai kuasa yang luar biasa. · Bertubuh besar dan kehebatannya tiada tandingan dengan makhluk lain. | · Mempunyai kuasa yang luar biasa sehingga dapat mengalahkan sekalian musuh yang ada di dunia. · Sentiasa membantu Caya Langkara ketika dalam kesusahan. | |
Puteri Ratna Kemala · Anak kepada Raja Mesir. · Isteri kepada Muqaddim. | · Seorang puteri yang pernah bermimpi tentang satu permainan anak-anak raja yang begitu indah oleh Kembang Kuma-Kuma Putih. | |
Puteri Ratna Dewi · Anak kepada Raja Peringgi. · Isteri kepada Muqaddam. | · Seorang puteri yang baik hatinya. | |
Kucing Hitam dan Kucing Putih · Merupakan spesis kucing yang besar seperti harimau. · Kucing suruhan naga untuk menjaga Caya Langkara. | · Setia kepada tuannya. · Sentiasa menurut perintah tuannya melaksanakan segala tugas yang diberikan. |
LATAR TEMPAT
TEMPAT | PERNYATAAN |
Negeri Ajam Saqat | Ada seorang raja yang terlalu besar kerajaannya dan terlalu banyak rakyatnya, dan nama baginda itu Saiful Muluk dan nama negeri raja itu Ajam (m.s 173) |
Negeri Madinah | Maka terlalu ramailah negeri Madinah itu dan pencuri dan khianat pun tiada di dalam negeri (m.s 240) |
Negeri Mesir | Maka naga kuna itu pun sampaikan ke negeri Mesir. Maka ia pun di tengok menteri mangkabumi (m.s 221) |
Negeri Peringgi | Maka tersebutlah perkataan Muqaddam datang dari negeri Peringgi (m.s 228) |
Dalam Gua | Maka dilihat pintu ditutup dengan kayu dan batu dan dengar suara orang banyak mengepung itu (m.s 229) |
LATAR MASA
WAKTU | PERNYATAAN |
Waktu Pagi | Maka tuan puteri pun terkejut daripada tidurnya serta ia memandang lalu hari pun jajarlah (m.s 195) |
Waktu Siang Hari | Maka ia pun bermain-main di dalam hutan itu sehari-hari memanah, mencari makanan (m.s 180) |
Waktu Malam | Hatta, pada suatu malam Tuan Puteri Ra’na Kaseen beradu maka ia bermimpi melihat seorang, orang itu pun berkata pada tuan puteri....(m.s 181) |
LATAR MASYARAKAT
MASYARAKAT | PERNYATAAN |
Golongan Istana | Alkisah, maka tersebut perkataan raja di negeri Madinah. Sekali persetua raja itu pun sakit terlalu sangat (m.s 181) |
Rakyat Jelata | Segala rakyat di dalam negeri itu semuanya membawa persembahan ke Bawah Duli Baginda selama baginda itu jadi (m.s 175) |
Golongan pentingkan agama | Maka tiada berapa lamanya atau tuan puteri minta doa kepada Allah SWT maka Allah Taala pun kabulkan doa tuan puteri itu (m.s 175) |
Golongan ahli nujum | Maka dilihat nujumnya masing-masing, maka segala hulubalang dan segala ahli nujum semuanya pun menggarukan kepalanya...(m.s 176) |
Golongan tabib | Maka segala tabib tiada cakap memberi ubat baginda itu (m.s 180) |
Mementingkan diri sendiri | Maka Muqaddam dan Muqaddim pun menyuruh segala rakyat mengambil kayu dan batu menutup pintu gua supaya Caya Langkara pun mati (m.s 229) |
GAYA BAHASA
Simile | Perbandingan yang menggunakan kata-kata seperti, sama, sebagai, bagaikan dan sebagainya. · Contohnya: ubun-ubunnya seperti kandil yang terpasang pada malam itu (m.s 175) |
Hiperbola | Gaya bahasa yang mengandungi unsur sesuatu penyertaan yang berlebih-lebihan dengan membesar-besarkan sesuatu hal. · Contohnya: a. ...bulan itu membaiki segala yang keji dan bau-bauan (m.s 177) b. Maka seketika lagi kakong pun timbul bercahaya-cahaya sampai ke langit dari Masyrik datang ke Maghribi (m.s 209) |
Metafora | · Contohnya: a. Cahayanya mukanya, pinggang kerengga, saka merkah diukir dan bunting padi. |
Personafikasi | · Contohnya: a. ...taufan lambatnya naik ke darat.. (m.s 209) ...dan laut ini pun sangat bergoncang (m.s 209) |
Menggunakan unsur pantun | · Contohnya: Sungguh kami menganyam ranggi, Di anyam berhalapan, Sungguh pun kami duduk di sini, Tuan Wei, jangan harap-harapan. (m.s 224) |
Bahasa Arab | · Contohnya: a. “Alhamdulillahi Rabbil’alamin” (m.s 177) b. “Hai kafir, Na’uzubillah (m.s 208) c. Maka kedua syahadat, Asyhaduanlailahaillah wa Asyhaduanna Muhammadar Rasulullah (m.s 210) |
Bahasa klasik atau Melayu lama | · Contohnya: maka, sebermula, hatta dan adapun |
Sinkof | · Contohnya: “Hai saudaraku, jika demikian marilah kita menyembah Caya Langkara”. (m.s 209) |
NILAI
1. Baik hati
- · Ini dapat dibuktikan apabila Caya Langkara sanggup bertarung dengan penjaga penjara untuk membebaskan saudara tirinya walau pun saudara tirinya itu pernah cuba untuk membunuhnya.
2. Kasih sayang terhadap ibu bapa
- · Caya Langkara sangat menyayangi kedua ibu bapanya. Walau pun ayahandanya pernah membuangnya ketika kecil. Beliau berusaha mencari penawar untuk meyembuhkan ayahandanya.
3. Sentiasa bekerjasama dalam menyelesaikan masalah
- · Puteri Ra’na Kaseen dan Naga Kuna sering membantu Caya Langkara mendapatkan kembang Kuma-Kuma Putih dan membantu Caya Langkara ketika menghadapi masalah.
4. Tanggungjawab sebagai ketua
- · Caya Langkara bertanggungjawab menjaga kedua-dua saudara tirinya serta Puteri Ra’na Kaseen sewaktu mengembara mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung Mesir.
5. Tolong menolong
- · Puteri Ra’na Kaseen telah menyelamatkan Caya Langkara daripada terbakar ketika berada dalam gua.
PENGAJARAN
1. Berani mempertahankan hak yang di miliki
- · Caya Langkara mempunyai keberanian menentang kuasa-kuasa jin yang kuat serta hulubalang yang menyerangnya ketika cuba menyebarkan agama dan mendapatkan Kuma-Kuma Putih. Caya Langkara juga berusaha untuk membebaskan saudara tirinya daripada tahanan kerajaan Peringgi.
2. Taat kepada agama
- · Caya Langkara tidak pernah lupa pada agamanya walau pun memiliki kuasa yang hebat.
- · Semasa proses membebaskan saudara tirinya serta Puteri Ra’na Kaseen, beliau telah datang ke Peringgi dengan misi mengislamkan masyarakat di sana.